29 Jul 2009

Kaedah Berkesan Bergaul Dengan Kanak-Kanak



Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nisa` ayat 19:
Maksudnya: Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

Prinsip Hubungan dengan Anak-anak
Islam secara dasarnya menggariskan prinsip pergaulan sesama manusia di bawah kaedah:
Maksudnya: Tidak ada mudharat dan memudharatkan . .
Perkara ini penting dalam pendidikan Islam yang menolak membuat hukuman yang keras terhadap anak.

Konflik Dalam Pendidikan
Antara masalah yang dikenalpasti menjadi penyebab utama kegagalan bergaul dengan anak secara berkesan adalah seperti di bawah:
1. Jahil Tentang Disiplin Pendidikan.
Kejahilan yang dimaksudkan ialah kurangnya pengetahuan melibatkan kemahiran mendidik. Seseorang itu mungkin mencapai ijazah tinggi dalam sesuatu bidang, tetapi tidak mampu membimbing anak-anak ke arah jati diri Islam yang sebenarnya.
Menurut Malik bin Nabi, antara kelemahan yang menyebabkan orang Islam ketinggalan adalah sikap memandang mudah malahan mencuaikan (الإهمال) usaha-usaha pemerolehan ilmu. Mereka lebih cenderung dengan agenda-agenda hiburan yang melegakan walaupun untuk ketenangan dalam masa yang singkat. Perkara ini mungkin disebabkan tekanan dan permainan penjajahan yang menyebabkan timbul perasaan inferiority complex yang melampau-lampau menyebabkan mereka merasakan sudah ketinggalan jauh di belakang.
2. Latar Belakang Pendidikan
Menurut kajian yang dibuat oleh Prof DiRaja Ungku Aziz, antara masalah menyebabkan angka pelajar Melayu dalam bidang-bidang kritikal semakin mengurang adalah disebabkan latar belakang pendidikan ibu bapa mereka sendiri.
3. Tiada Role Model ( Uswat / Qudwat ) yang Tepat untuk Dicontohi.
Masalah yang berlaku dalam diri kebanyakan orang-orang Islam ialah ketiadaan contoh yang boleh menjadi ikutan. Mereka berada di persimpangan samada menjadikan tokoh-tokoh Islam sebagai model ataupun tokoh-tokoh famous di kaca TV dan media sebagai contoh.
4. Persekitaran yang Tidak Membina.
Sebagai seorang Islam, ketua keluarga harus menitikberatkan unsur pergaulan dengan masyarakat setempat. Pensyariátan hijrah ke Madinah sewajarnya menjadi pengajaran buat sekalian umat Islam betapa pentingnya mewujudkan persekitaran yang konstruktif buat setiap individu muslim. Justeru, pastikanlah rumah yang dibina, disewa dekat dengan kawasan penempatan orang-orang Islam seperti masjid, madrasah dan rumah-rumah orang Islam.
5. Hubungan dengan Allah yang Lemah.


6. Kesibukan Bekerja.
Kebanyakan ibu bapa terpaksa melipatgandakan usaha untuk menampung keperluan keluarga mengakibatkan tiada masa untuk berdamping dan bergaul dengan anak-anak.
7. Sikap Negatif Terhadap Orang Lain.
Menurut para pengarang buku Menangani Masalah Anak, sikap negatif ini lahir akibat tiada program penyucian minda yang dilakukan dengan istiqamah. Sesetengah ibu bapa berbangga memiliki sifat perfectionist sedangkan mereka tidak menyedari berbagai implikasi buruk akan berlaku terhadap anak-anak.
Antara masalah yang dilalui pada zaman moden ialah kecenderungan untuk menjimatkan masa, atau dalam perkataan lain akal yang tidak digunakan secara maksimum. Budaya menghafaz fakta tidak lagi menjadi kebanggaan kerana segalanya dapat diperolehi di hujung jari.
Menurut pengarang Kecemerlangan Mendidik Anak, perkara ini disebabkan oleh pengaruh media seperti TV yang terlalu berkuasa hingga tiada ruang berlakunya interaksi yang sihat seisi keluarga. Individu yang sentiasa menghabiskan masa di hadapan TV akan membesar sebagai golongan yang malas untuk berfikir.
8. Dunuwwul Himmah
Bermaksud sifat lemah diri yang diwarisi secara turun temurun oleh kebanyakan bangsa yang lemah dan miskin. Menurut Ibn Khaldun dalam karangannya al-Muqaddimah, ia lahir disebabkan tekanan oleh orang yang berkuasa hingga menyebabkan seseorang merasai dirinya tidak berupaya bersaing dengan orang lain.


Langkah-langkah Perubahan Ibu Bapa Mithali
1. Ikhlas dalam amalan.
Mencapai perasaan ikhlas memerlukan kita untuk menjalani program tazkiyatun nufus. Menurut Syeikh Salim bin Eid al-Hilali proses tazkiyyah ini akan belaku dengan syarat kita bertaqwa. Taqwa pula hanya akan dicapai menerusi langkah-langkah di bawah;
a. Al-Musyaratah: ertinya ialah membuat perjanjian, seperti seorang bisnesman pasti akan menandatangani perjanjian. Demikianlah kita bersumpah setia dengan Allah s.w.t. agar mentaati segala suruhan-Nya. Firman-Nya dalam surah Yusuf ayat 53:
Maksudnya: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
b. Al-Muraqabah. Maksudnya ialah selalu mengawasi diri. Apabila seseorang telah ikat perjanjian, harus baginya merasakan keperluan menjaga dan mengawasi perjanjiannya agar tidak dilanggar. Inilah sebabnya Allah s.w.t. mengingatkan kita dalam surah al-Baqarah ayat ke 235:
Maksudnya: Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
c. Al-Mujahadah: bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan. Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 69:
Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

d. Al-Taslim. Ertinya ialah menerima segala ketetapan Allah. Firman-Nya dalam surah al-Nisa` ayat 65:
Maksudnya: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
e. Al-Ridha: iaitu reda terhadap Allah yang menetapkan untuk kita dalam urusan hidup, ranjau-ranjaunya untak kita terima. Firman-Nya dalam surah al-An'am ayat ke 14:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. "
2. Mempertingkatkan ilmu dengan belajar.
Proses belajar berlaku dengan menghadirkan diri secara sistematik ke kuliyah-kuliyah, seminar, training, usrah dan mendengar CD, tape ilmu.
3. Berdamping dengan orang-orang soleh.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah ayat 71:
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Bagi memastikan perdampingan ini berjalan berterusan, Abdullah Nasih Úlwan mencadangkan agar seseorang muslim mengambil kira perkara-perkara di bawah:
4. Mendiami kawasan orang-orang Islam.
5. Membawa anak-anak ke tempat perhimpunan orang-orang Islam.
6. Mengadakan program-program ziarah ke tempat orang-orang soleh.
7. Menjemput orang-orang yang soleh untuk datang ke rumah kita.
8. Banyakkan Memberi Penghargaan kepada Anak-anak.
Prof Dr. Muhd Úqlah menjelaskan: “Sesiapa yang tidak membiasakan diri menghargai orang lain, tidak sewajarnya menjadi pendidik.”
Syeikh Muhd. Suwaid mencadangkan agar ibu bapa mempraktikkan cadangan di bawah sebagai tanda penghargaan kepadanya:
9. Memujinya di khalayak ramai.
10. Membawanya berjumpa orang-orang yang lebih dewasa.
11. Melatihnya melaksanakan tanggungjawab dan memberi galakan untuk memperbaiki kekurangan yang berlaku.
12. Menyambut kepulangan anak dengan senyuman.
13. Menjaga rahsianya.
14. Memberinya hadiah atas kebaikan dan kejayaannya.
15. Adil terhadap anak-anak.
16. Memberi kucupan mesra kepadanya.
17. Banyakkan muhasabah diri, dalam erti kata mencari strength diri dan weakness.
Renungilah diri dengan memerhatikan satu persatu, nikmat Allah yang belum kita syukuri. Hanzalah telah datang mengadu kepada Nabi tentang imannya yang dirasai menurun kerana masa yang dihabiskan bersama keluarganya. Beliau berkata pada Nabi: “Telah menjadi munafiq Hanzalah…” Hingga Nabi menenangkannya, seraya bersabda: “Setiap itu ada waktunya wahai Hanzalah!”
Dr Mustafa al-Bugha menjelaskan berdasarkan hadis ini agar kita meningati Allah sedaya upaya ikut kemampuan. Pengajaran dari peristiwa ini ialah muslim wajar memperuntukkan waktu mengikut keperluan.
18. Peruntukkan masa untuk mempelajari gaya hidup salafussoleh.
Contohnya kisah seorang sahabat yang meminta izin untuk terus melakukan zina dengan alasan tidak boleh meninggalkan tabiat buruk itu. Bagaimana Nabi dapat menukarnya jadi individu yang hebat.


19. Mempergiatkan hubungan dengan Allah s.w.t.

20. Iltizam dengan al-Quran

21. Banyakkan berdoa, dan mintalah agar didoakan. Antara doanya ialah :
Doa Agar Beroleh Pasangan Dan Anak-Anak Yang Baik
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” ( Surah al-Furqan: 74 )
Doa Menghilangkan Rasa Sedih
اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (lelaki) dan anak hamb-aMu (perempuan). Ubun-ubunku dalam gengaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qada’(keputusan)-Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku.”
Memohon Selamat Dari Melakukan Zina
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي،
وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan pendengaranku, kejahatan penglihatanku, kejahatan lidahku, kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku.
22. Beriltizam datang ke masjid untuk solat berjemaah.
Mudah-mudahan dengan mempraktikkan cadangan di atas akan dapat melahirkan ibu bapa yang cemerlang yang memahami peranan mereka dalam hidup sekaligus mampu membimbing anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan