22 Mei 2015

Mudahnya Membina Blog

Mudahnya membina blog.. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk saya nyatakan apabila kali pertama saya mempelajari cara-cara untuk membina blog. Selama 2 hari berkampung di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), saya telah diberi peluang bersama-sama 8 orang peserta lain untuk mengikuti Kursus Pembangunan Laman Blog. Kursus ini dikendalikan oleh Coach MK Azman dan Coach Shadiya Abbas dari Emkays Future Training & Consultancy. Saya sangka membangunkan blog ni susah tetapi setelah mengikuti kursus ini, rupa-rupanya ia sungguh mudah.

Kursus yang dianjurkan oleh ILDAS ini menekan beberapa pengisian penting iaitu Slot 1 – Mudahnya Membina Blog, Slot 2 – Kenali Undang-Udang dan Terma Penggunaan Blog, Slot 3 – Blogging Time, Jom.., Slot 4 – Jom Make Up Blog, Slot 5 – Penilaian Blog Terhebat dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Saya yakin kebanyakan blogger tidak membaca terma dan syarat penggunaan blog ketika mula-mula mendaftar dulu. Just click pada check box then terus start blogging. Dalam kursus ini saya tak perlu baca semua terma dan undang-undang itu tapi ia dihurai dan dibincangkan secara lanjut oleh para jurulatih. Emm.. memang banyak info yang kita tidak tahu. Rupanya-rupanya, once kita dah pos everything sama ada gambar atau video dalam blog, itu bermakna kita telah memberi worldwide license for anybody untuk menggunakan gambar dan video tersebut. Walaupun kita telah terminate blog tersebut. Oleh sebab itu, jangan mudah-mudah untuk kita memasukkan gambar-gambar peribadi kerana bimbang akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Coach MK Azman ada menerangkan bahawa blog ini hendaklah dimanfaatkan untuk perkembangan dan pembangunan agama Islam. Tidak kisah jika tidak pandai menulis, yang penting istiqamah menulis. Insya Allah lama-lama akan jadi penulis yang hebat. Menasihati manusia supaya melakukan kebaikan dan menjauhi segala larangan Allah melalui penulisan di laman blog. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan