Al-Qur'an al-Karim diturunkan kepada Rasulullah saw di kota Mekah dalam masa 13 tahun memperkatakan tentang qadhiyyah yang satu dan tidak pernah berubah-ubah walaupun cara pembentangannya berbeza-beza. Ini kerana, uslub al-Qur'an al-Karim, apabila membentangkan qadhiyyah itu, seolah-olah ia sentiasa dalam keadaan baru seperti kali pertama disentuh.
Sesungguhnya al-Qur'an al-Karim telah mengubati qadhiyyah yang paling utama, terbesar dan asas di dalam din Islam, iaitu Qadhiyyah 'Aqidah. Juga al-Qur'an al-Karim memperkatakan tentang hakikat manusia. Ini kerana manusia arab di zaman itu adalah sama dengan manusia arab di zaman-zaman yang lain dan juga sama dengan manusia 'ajam (bukan arab).

Al-Qur'an al-Karim yang ditanzilkan di tahap Makkah mengemukakan persoalan-persoalan: Siapakah manusia? Dari mana ia datang? Mengapa ia datang? Ke mana ia akan pergi? Siapakah yang mendatangkannya? Siapakah yang membawa ia pergi? Dan apakah kesudahannya? Juga mengemukakan persoalan-persoalan : Apakah hakikat kewujudan ini? Siapakah Penciptanya?, Siapakah Pentadbirnya? Bagaimana manusia berurusan dengan Pencipta alam ini? Dan bagaimana ia berurusan dengan alam dan manusia lain seluruhnya?
Demikianlah selama 13 tahun di

Tiada ulasan:
Catat Ulasan