اللهم بارك لنا في رجب و شعبان وبلغنا رمضان
Tinggal lebih kurang 24 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Kareem. Ia adalah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Ramadhan Al-Mubarak ini sangat dinanti-nantikan oleh orang beriman. Itulah sebabnya dalam surah Al-Baqarah ayat 183 menyebut seruan berpuasa kepada orang yang beriman dengan satu matlamat, iaitu Taqwa.
Maka barangsiapa yang mahukan puasa tahun ini mendatangkan sifat taqwa, hendaklah dia melakukan 2 persiapan.
1. Persiapan Roh
2. Persiapan Fizikal
Dengan baki 24 malam menuju Ramadhan, maka inilah peluang kita menyiapkan roh dan fizikal kita menuju Ramadhan. Apa yg boleh kita lakukan?
1. Persiapan Roh
a. Menyucikan Hubungan iaitu Hendaklah kita mengusahakan taubat. Taubat kepada Allah boleh dilaksanakan dgn meninggalkan maksiat, dan melakukan solat sunat Taubat serta memperbanyak istighfar.
Pada masa yg sama, bagi mereka yg mempunyai masalah dgn ibu bapa khususnya...hendaklah dia memohon ampun. Orang yg enggan menjaga keperluan ibu bapanya, maka Nabi SAW menyebutnya sebagai golongan yg celaka. Ingatlah antara 121 sebab Kemurkaan Allah ialah mengabaikan ibubapa, Jika kita sudah meminta ampun dan ibu bapa masih berdegil, maka hendaklah berterusan melakukan kebaikan kpd mereka tanpa putus asa. Begitu jua suami isteri, hendaklah bermaafan sebelum Ramadhan. Bukan bermaafan semasa Syawal.
b. Melangsai Hutang iaitu dengan menyelesaikan puasa yang belum berganti, fidyah yang belum dibayar termasuk kaffarah jika ada yg masih belum dibuat.
Fidyah boleh dibayar kepada 7 asnaf zakat, manakala kaffarah pula dibayar dengan memberi makan 60 orang miskin atau berpuasa 2 bulan berturut-turut.
Kiraan fidyah boleh dilihat melalui kalkulator fidyah yg disediakan oleh mana-mana web Pusat Zakat.
c. Melazimi Zikrullah iaitu dgn memperbaiki bacaan Al-Quran sebelum masuk Ramadhan. Jadikan peluang bertadarus sebagai cara memperbaiki bacaan kita. Jujurlah kepada diri sendiri, jika belum layak mengkhatamkan Al-Quran, maka ada baiknya kita belajar dengan guru yg mahir. Bulan Ramadhan adalah peluang mendapat pahala berganda apabila membaca Al-Quran, maka tambahkan pahala dengan membaca terjemahan, memahami perintah Allah dan memperbaiki fahaman kita dengan menghadiri majlis Al-Quran.
d. Menyiapkan roh dengan riyadah yg dilakukan oleh para solehin iaitu melatih 7 anggota badan. Mata, hidung, mulut, telinga, tangan, kaki dan kemaluan hendaklah dibiasakan dengan perkara fardhu dan sunnah. Mendorong diri dengan mujahadah. Tinggalkan perkara yg sia-sia seperti menonton drama, melayan umpatan, merokok, menghabiskan masa dengan bermalas-malasan serta pergaulan yg mendekatkan diri dengan zina.
e. Peluang menyuci roh dengan sedekah. Saidatuna Aisyah r.anha menceritakan bahawa pemurahnya Nabi Muhammad SAW di bulan Ramadhan seperti angin lalu. Nabi lebih pemurah di bulan Ramadhan berbanding bulan lain. Bersedekahlah, seperti berkongsi juadah dengan jiran. Hatta jiran itu belum memeluk Islam.
2. Persiapan Fizikal
a. Sediakan pakaian khas untuk menyambut Ramadhan. Sepertimana kita gembira menyambut syawal dgn pakaian dan rumah yg bersih. Maka Ramadhan lagilah perlu disambut dengan meriah. Gunakan pakaian dan sejadah putih sangat digalakkan. Rasulullah SAW sangat menyukai warna putih. Amalkan bersiwak, memakai wangian yg sesuai bagi perempuan. Sebaik-baik solat bg perempuan itu adalah di rumah. Manakala bg lelaki ialah di masjid.
b. Membiasakan mandi seawal jam 4 pagi sebelum masuk Ramadhan. Melakukan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Mengakhirkan sahur dan banyakkan berdoa memohon kebaikan dan keampunan.
c. Walaupun tidur orang yg berpuasa dianggap ibadah, terlalu banyak tidur mengurangkan peluang mendapat pahala. Selepas subuh, bacalah Mathurat. Tidurlah sekejap sekitar 12.00 thari-12.45 tghari. Ia dinamakan Qailullah.
d. Berbuka puasa sekadarnya. Tidak mengambil hak orang lain seperti mengambil makanan terlalu banyak hingga akhirnya nasi masuk ke dalam tong sampah. Terutamanya yg berbuka puasa di masjid. Bagi ibu yg membawa anak-anak yg tidak berpuasa, ambillah sekadarnya dan utamakan sahabat yg berbuka puasa. Jika nak tahu puasa kita bernilai atau tidak, lihatlah menu dan jumlah makanan yg masuk ke dalam perut kita.
Buat para muslimat, biarlah Ramadhan kali ini kita dapat menjalaninya dengan perasaan kasih-sayang, tidak mementingkan diri sendiri dan menjaga kebersihan rumah Allah. Setelah memakai telekung, yang masjid sediakan silalah lipat dengan sempurna.
Jika kita kuat, solatlah di ruang atas dan utamakan ruang bawah bagi wanita yang berumur 50 ke atas.
Pastikan saf lurus dengan meletakkan tumit pada garis karpet berwarna biru. Elakkan membawa beg besar hingga menyusahkan orang lain utk sujud. Betulkan sejadah dengan tangan bukan dengan kaki.
Bagi yang membawa anak, biasakan dari sekarang. Pesan kepada anak akan adab di masjid. Ada baiknya kita solat di kawasan marmar dan bawalah lapik untuk anak2 berbaring.
Pandanglah orang sebelah kanan dan kiri serta perkenalkanlah diri. Senyumlah dan hubungkan silaturrahim.
Kepada para suami, perhatikan pakaian isteri yang mahu ke masjid. Pastikan isteri memakai pakaian yg sesuai, tidak melekap, tidak berbentuk dan berbayang, tidak berbau terlalu harum. Dan, jika sepanjang berpuasa tidak mrokok...apa kata hentikan merokok demi kerana cintakan Allah dan Rasul.
Daripada Abdullah ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
" Pada hari Kiamat kelak, PUASA dan Al-QURAN akan datang sebagai syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata; "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah mencegahnya dari makanan dan keinginan syahwat di siang hari. Maka berikanlah syafa'at kepadaku." Dan Al-Quran berkata; "Wahai Tuhan! Aku telah mencegahnya tidur di malam hari, maka berikanlah syafa'at kepadaku." Kemudian Allah SWT memberikan syafa'at kepada keduanya." (HR Imam Ahmad, Ath-Thabrani dan Al-Hakim).
♥Selamat datang Ramadhan.
Mudah-mudahan kita menjadi murid Ramadhan, ibarat masuk ke sekolah dan keluar dr sekolah dengan kebaikan dan perubahan...bukan menjadi hamba Ramadhan.
Hamba Ramadhan akan jadikan bulan ini utk mendapat untung dunia lebih. Misalnya bekerja hingga hilang peluang menghidupkan Ramadhan dgn amalan khusus seperti Qiyamullail dan Terawih.
"Barangsiapa hendak bertemu dengan Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan janganlah dia mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu pun."
ربنا أدخلنا مدخلا صدق وأخرجنا مخرجا صدق واجعلنا من لدنك سلطانا نصيرا.
Salam Ramadhan Al-Mubarak semua...
Ustazah Shadiya Abbas (USA)
5 Sya'ban 1436H
Bandar Puncak Alam
fb:shadiyaabbas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan