23 Mei 2015

Ramadhan Tiba: Bersediakah Kita?

 اللهم بارك لنا في رجب و شعبان وبلغنا رمضان
Tinggal lebih kurang 24 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Kareem. Ia adalah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.

Ramadhan Al-Mubarak ini sangat dinanti-nantikan oleh orang beriman. Itulah sebabnya dalam surah Al-Baqarah ayat 183 menyebut seruan berpuasa kepada orang yang beriman dengan satu matlamat, iaitu Taqwa.
Maka barangsiapa yang mahukan puasa tahun ini mendatangkan sifat taqwa,  hendaklah dia melakukan 2 persiapan.

1. Persiapan Roh
2. Persiapan Fizikal

Dengan baki 24 malam menuju Ramadhan,  maka inilah peluang kita menyiapkan roh dan fizikal kita menuju Ramadhan. Apa yg boleh kita lakukan?

1. Persiapan Roh

a. Menyucikan Hubungan iaitu Hendaklah kita mengusahakan taubat. Taubat kepada Allah boleh dilaksanakan dgn meninggalkan maksiat,  dan melakukan solat sunat Taubat serta memperbanyak istighfar.
Pada masa yg sama,  bagi mereka yg mempunyai masalah dgn ibu bapa khususnya...hendaklah dia memohon ampun. Orang yg enggan menjaga keperluan ibu bapanya,  maka Nabi SAW menyebutnya sebagai golongan yg celaka. Ingatlah antara 121 sebab Kemurkaan Allah ialah mengabaikan ibubapa,  Jika kita sudah meminta ampun dan ibu bapa masih berdegil,  maka hendaklah berterusan melakukan kebaikan kpd mereka tanpa putus asa. Begitu jua suami isteri,  hendaklah bermaafan sebelum Ramadhan. Bukan bermaafan semasa Syawal.

b. Melangsai Hutang iaitu dengan menyelesaikan puasa yang belum berganti, fidyah yang belum dibayar termasuk kaffarah jika ada yg masih belum dibuat.
Fidyah boleh dibayar kepada 7 asnaf zakat,  manakala kaffarah pula dibayar dengan memberi makan 60 orang miskin atau berpuasa 2 bulan berturut-turut.
Kiraan fidyah boleh dilihat melalui kalkulator fidyah yg disediakan oleh mana-mana web Pusat Zakat.

c. Melazimi Zikrullah iaitu dgn memperbaiki bacaan Al-Quran sebelum masuk Ramadhan. Jadikan peluang bertadarus sebagai cara memperbaiki bacaan kita. Jujurlah kepada diri sendiri,  jika belum layak mengkhatamkan Al-Quran,  maka ada baiknya kita belajar dengan guru yg mahir. Bulan Ramadhan adalah peluang mendapat pahala berganda apabila membaca Al-Quran,  maka tambahkan pahala dengan membaca terjemahan,  memahami perintah Allah dan memperbaiki fahaman kita dengan menghadiri majlis Al-Quran.

d. Menyiapkan roh dengan riyadah yg dilakukan oleh para solehin iaitu melatih 7 anggota badan. Mata, hidung, mulut, telinga,  tangan,  kaki dan kemaluan hendaklah dibiasakan dengan perkara fardhu dan sunnah. Mendorong diri dengan mujahadah. Tinggalkan perkara yg sia-sia seperti menonton drama, melayan umpatan, merokok,  menghabiskan masa dengan bermalas-malasan serta pergaulan yg mendekatkan diri dengan zina.

e. Peluang menyuci roh dengan sedekah. Saidatuna Aisyah r.anha menceritakan bahawa pemurahnya Nabi Muhammad SAW di bulan Ramadhan seperti angin lalu. Nabi lebih pemurah di bulan Ramadhan berbanding bulan lain. Bersedekahlah,  seperti berkongsi juadah dengan jiran. Hatta jiran itu belum memeluk Islam.

2. Persiapan Fizikal

a. Sediakan pakaian khas untuk menyambut Ramadhan. Sepertimana kita gembira menyambut syawal dgn pakaian dan rumah yg bersih. Maka Ramadhan lagilah perlu disambut dengan meriah. Gunakan pakaian dan sejadah putih sangat digalakkan. Rasulullah SAW sangat menyukai warna putih. Amalkan bersiwak,  memakai wangian yg sesuai bagi perempuan. Sebaik-baik solat bg perempuan itu adalah di rumah. Manakala bg lelaki ialah di masjid.

b. Membiasakan mandi seawal jam 4 pagi sebelum masuk Ramadhan. Melakukan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Mengakhirkan sahur dan banyakkan berdoa memohon kebaikan dan keampunan.

c. Walaupun tidur orang yg berpuasa dianggap ibadah,  terlalu banyak tidur mengurangkan peluang mendapat pahala. Selepas subuh,  bacalah Mathurat. Tidurlah sekejap sekitar 12.00 thari-12.45 tghari. Ia dinamakan Qailullah.

d. Berbuka puasa sekadarnya. Tidak mengambil hak orang lain seperti mengambil makanan terlalu banyak hingga akhirnya nasi masuk ke dalam tong sampah. Terutamanya yg berbuka puasa di masjid. Bagi ibu yg membawa anak-anak yg tidak berpuasa,  ambillah sekadarnya dan utamakan sahabat yg berbuka puasa. Jika nak tahu puasa kita bernilai atau tidak,  lihatlah menu dan jumlah makanan yg masuk ke dalam perut kita.

Buat para muslimat, biarlah Ramadhan kali ini kita dapat menjalaninya dengan perasaan kasih-sayang,  tidak mementingkan diri sendiri dan menjaga kebersihan rumah Allah. Setelah memakai telekung, yang masjid sediakan silalah lipat dengan sempurna.
Jika kita kuat,  solatlah di ruang atas dan utamakan ruang bawah bagi wanita yang berumur 50 ke atas.
Pastikan saf lurus dengan meletakkan tumit pada garis karpet berwarna biru. Elakkan membawa beg besar hingga menyusahkan orang lain utk sujud. Betulkan sejadah dengan tangan bukan dengan kaki.
Bagi yang membawa anak,  biasakan dari sekarang. Pesan kepada anak akan adab di masjid. Ada baiknya kita solat di kawasan marmar dan bawalah lapik untuk anak2 berbaring.
Pandanglah orang sebelah kanan dan kiri serta perkenalkanlah diri. Senyumlah dan hubungkan silaturrahim.

Kepada para suami,  perhatikan pakaian isteri yang mahu ke masjid. Pastikan isteri memakai pakaian yg sesuai,  tidak melekap,  tidak berbentuk dan berbayang,  tidak berbau terlalu harum.  Dan,  jika sepanjang berpuasa tidak mrokok...apa kata hentikan merokok demi kerana cintakan Allah dan Rasul.

Daripada Abdullah ibn Umar,  Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
" Pada hari Kiamat kelak, PUASA dan Al-QURAN akan datang sebagai syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata; "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah mencegahnya dari makanan dan keinginan syahwat di siang hari. Maka berikanlah syafa'at kepadaku." Dan Al-Quran berkata; "Wahai Tuhan! Aku telah mencegahnya tidur di malam hari, maka berikanlah syafa'at kepadaku." Kemudian Allah SWT memberikan syafa'at kepada keduanya." (HR Imam Ahmad,  Ath-Thabrani dan Al-Hakim).

♥Selamat datang Ramadhan.
Mudah-mudahan kita menjadi murid Ramadhan, ibarat masuk ke sekolah dan keluar dr sekolah dengan kebaikan dan perubahan...bukan menjadi hamba Ramadhan.

Hamba Ramadhan akan jadikan bulan ini utk mendapat untung dunia lebih. Misalnya bekerja hingga hilang peluang menghidupkan Ramadhan dgn amalan khusus seperti Qiyamullail dan Terawih.

"Barangsiapa hendak bertemu dengan Tuhannya,  hendaklah dia beramal soleh dan janganlah dia mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu pun."

ربنا أدخلنا مدخلا صدق وأخرجنا مخرجا صدق واجعلنا من لدنك سلطانا نصيرا.

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua...
Ustazah Shadiya Abbas (USA)
5 Sya'ban 1436H
Bandar Puncak Alam
fb:shadiyaabbas

22 Mei 2015

Mudahnya Membina Blog

Mudahnya membina blog.. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk saya nyatakan apabila kali pertama saya mempelajari cara-cara untuk membina blog. Selama 2 hari berkampung di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), saya telah diberi peluang bersama-sama 8 orang peserta lain untuk mengikuti Kursus Pembangunan Laman Blog. Kursus ini dikendalikan oleh Coach MK Azman dan Coach Shadiya Abbas dari Emkays Future Training & Consultancy. Saya sangka membangunkan blog ni susah tetapi setelah mengikuti kursus ini, rupa-rupanya ia sungguh mudah.

20 Mei 2015

Metodologi Al Quran Al Karim Dalam Mengutarakan Akidah Islamiah

Pengenalan


Al-Qur'an al-Karim diturunkan kepada Rasulullah saw di kota Mekah dalam masa 13 tahun memperkatakan tentang qadhiyyah yang satu dan tidak pernah berubah-ubah walaupun cara pembentangannya berbeza-beza. Ini kerana, uslub al-Qur'an al-Karim, apabila membentangkan qadhiyyah itu, seolah-olah ia sentiasa dalam keadaan baru seperti kali pertama disentuh.

Sesungguhnya al-Qur'an al-Karim telah mengubati qadhiyyah yang paling utama, terbesar dan asas di dalam din Islam, iaitu Qadhiyyah 'Aqidah. Juga al-Qur'an al-Karim memperkatakan tentang hakikat manusia. Ini kerana manusia arab di zaman itu adalah sama dengan manusia arab di zaman-zaman yang lain dan juga sama dengan manusia 'ajam (bukan arab).



4 Nov 2009

Anakku Hebat, Anakku Soleh

Setiap pasangan suami dan isteri mempunyai citarasa yang tersendiri ke arah mana anak itu hendak dijuruskan. Ada yang inginkan anaknya menjadi seorang peguam yang disegani, ada yang ingin anaknya menjadi seorang doktor pakar, ada juga yang ingin anaknya menjadi seseorang yang mengharumkan nama keluarganya dan ada juga yang tidak kisah apa mau jadi dengan anaknya, yang penting anaknya soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.

Secara umumnya semua ibu bapa inginkan anak yang hebat. Sama ada hebat pada jawatan, hebat pada pangkat, hebat pada kedudukan atau hebat pada amalan agamanya itu terpulang pada tafsiran dan cita rasa kedua ibu bapanya.

Menyentuh tentang anak yang hebat, kali ini saya ingin mengulas sebuah buku yang berjudul Anakku Hebat, Anakku Soleh karangan Ustaz Zahazan Mohamed. Sekali pandang buku ini cukup menarik kerana selain mempunyai cetakan berwarna pada setiap helaian dan gambar serta ilustrasi yang cantik, pengisiannya diolah dengan menggunakan bahasa yang mudah dan teratur. Buku ini boleh diklafikasikan sebagai buku pendidikan anak-anak mengikut pandangan Islam yang mana rujukan utamanya adalah Kitab Arab berjudul Tarbiyatul Aulad fil Islam karangan Abdullah Nasih ’Ulwan. Setahu saya kitab ini sememangnya menjadi bacaan utama bagi pelajar Syariah/Usuluddin tahun akhir di universiti sebagai persediaan untuk berumahtangga.

26 Okt 2009

Zikir 24 Jam

Setiap pasangan suami dan isteri mempunyai citarasa yang tersendiri ke arah mana anak itu hendak dijuruskan. Ada yang inginkan anaknya menjadi seorang peguam yang disegani, ada yang ingin anaknya menjadi seorang doktor pakar, ada juga yang ingin anaknya menjadi seseorang yang mengharumkan nama keluarganya dan ada juga yang tidak kisah apa mau jadi dengan anaknya, yang penting anaknya soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.

Secara umumnya semua ibu bapa inginkan anak yang hebat. Sama ada hebat pada jawatan, hebat pada pangkat, hebat pada kedudukan atau hebat pada amalan agamanya itu terpulang pada tafsiran dan cita rasa kedua ibu bapanya.

15 Okt 2009

Berfikirlah Untuk Diri Sendiri


Ramai orang bercita-cita menjadi kaya suatu hari nanti. Sama ada kekayaan itu dijana melalui rangkaian perniagaan yang berdaya maju ataupun melalui ilmu yang dimanfaatkan oleh masyarakat awam. Cita-cita ini mungkin sama untuk setiap orang walaupun pada hari ini dan ketika ini orang yang bercita-cita itu adalah seorang eksekutif, kerani, guru atau pun seorang tukang kebun. Mengikut congakan akal, mustahil orang yang berjawatan biasa untuk menjadi seorang yang luar biasa. Perkara yang luar biasa bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana ia perlukan satu sentuhan yang luar biasa juga iaitu hanya melalui berfikir.

Berfikir dianggap sesuatu yang luar biasa kerana malas berfikir atau tidak mahu berfikir dianggap sesuatu yang biasa. Mari kita lihat berapa ramai pekerja dalam sesebuah organisasi yang berfikiran kritis dan kreatif. Begitu terhad bukan? Kebiasaannya orang akan berfikir setelah diminta untuk berfikir ataupun dipaksa untuk berfikir bagi mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Kalau tidak diminta untuk berfikir, mereka lebih selesa untuk melakukan kerja-kerja rutin yang tidak memerlukan otak untuk berfikir secara serius. Sebaliknya kerja-kerja yang melibatkan perancangan untuk penambahbaikan perkhidmatan, perancangan pemasaran, penghasilan produk-produk baru dan strategi mencapai sasaran organisasi tidak ramai yang secara sukarela memikirkannya. Tak mengapalah.. kita tinggalkan perkara itu.

30 Jul 2009

Haiwan Teladan Musim Ke-2 Kini Kembali


Untuk makluman semua pembaca, Rancangan Bercerita Kanak-Kanak, Haiwan Teladan musim kedua akan menemui semua penonton-penonton cilik sepanjang bulan Ramadhan ini.

Pada musim ini, Kak Adi akan menceritakan beberapa lagi haiwan yang telah diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran yang boleh dijadikan teladan dan iktibar kepada kita semua.

Pada kali ini, peserta kanak-kanak masih lagi sama seperti yang lalu seperti Adik Abu Rawahah, Adik Camelia, Adik Farah, Adik Abu Ubaidah dan Adik Wardina. Namun ada bakat-bakat baru yang telah diketengahkan iaitu Adik Fateh dan Adik Salsabila.. Semuanya ceria dan happy selalu..

Dan co-host yang membantu Kak Adi pun dah ada orang baru.. orang baru ni pun sama macam Abang Amar.. pandai menyanyi.. pandai bercerita.. dan pastinya banyak aktiviti menarik yang akan dikongsi bersama adik-adik.. tengok tau nanti..

Adik-adik jangan lupa tonton rancangan ini di TV3 pada pukul 9.05 minit pagi..

TIPS MENGHARGAI PASANGAN

Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.


2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan,
menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

29 Jul 2009

Kaedah Berkesan Bergaul Dengan Kanak-Kanak



Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nisa` ayat 19:
Maksudnya: Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

Prinsip Hubungan dengan Anak-anak
Islam secara dasarnya menggariskan prinsip pergaulan sesama manusia di bawah kaedah:
Maksudnya: Tidak ada mudharat dan memudharatkan . .
Perkara ini penting dalam pendidikan Islam yang menolak membuat hukuman yang keras terhadap anak.

5 Feb 2009

Jom Belajar

Mari kita belajar.. dari buaian sampai ke liang lahad